Kuala Lumpur, 24 Jan - Aiman Syahmi Adnan merupakan pelajar Diploma Teknousahawan Penyejukan dan Penyamanan Udara, Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur. Beliau telah menceburkan diri dalam bidang teknousahawan melalui program pengajian di IKM Kuala Lumpur yang mana memberi fokus membentuk pelajar dalam bidang keusahawanan semasa dalam pengajian.