SUMBER INSPIRASI TVETMARA

KUALA LUMPUR, 17 November - TAHNIAH TVETMARA atas kemenangan dalam pertandingan akhir World Skills Malaysia Pengajar (WSMP) dan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2022 yang telah berakhir pada 31 Oktober 2022.

Dalam pertandingan tersebut, Encik Ahmad Muzri bin Muhamed Nuri dari KKTM Pasir Mas telah mendapat pingat gangsa seterusnya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000.00 beserta pingat , manakala Encik Mohd Hafiz bin Mohamad Shari dari KKTM Ledang telah mendapat Sijil Kecemerlangan. Hadiah yang diperolehi adalah wang tunai sebanyak RM500.00 serta Sijil Kecemerlangan. Kedua-dua pemenang kategori WSMP ini adalah dalam bidang Elektronik.

Bagi kategori WSMB pula, TVETMARA telah merangkul 2 Emas, 2 Perak, 5 Gangsa dan 7 Sijil Kecemerlangan. Pingat Emas dimenangi oleh Nor Aina Najihah binti Ahmad Hilmi dari KKTM Ledang dalam bidang Elektronik manakala Ahmad Muizzudin bin Mohd Razi dari KKTM Pasir Mas dalam bidang Bricklaying. Hadiah berupa wang tunai RM5,000.00 beserti pingat.

Kejayaan ini membuktikan kehebatan pelajar-pelajar KKTM, MJII dan IKM dan ini amat membanggakan warga TVET MARA. Ianya dapat memberi inspirasi kepada warga TVET MARA yang lain untuk terus mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

Pertandingan WSMP dan WSMB merupakan pertandingan kemahiran yang dianjurkan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf tenaga pengajar kemahiran dan juga belia atau pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul. Dengan adanya pertandingan WSMP, ia dapat meningkatkan kekompetenan dan daya saing di kalangan pengajar atau jurulatih institusi latihan kemahiran atau pendidikan awam, swasta dan industri.