Kuala Lumpur, 3 November - Majlis Perasmian Karnival Perabot FITEC 2022 telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Azhar bin Abd Manap, Ketua Pengarah MARA. Dalam majlis itu, Saudara Abdul Muiz bin Mohd Zailan, Pengurus Cuboid Concept Industry dan saudara Muhammad Hafiz bin Ahmad Zaim, Pengarah Furdec Empire telah menerima tawaran sebagai Inkubator FPC Randesvouz.
FPC Randesvouz merupakan Program Accelerator Teknousahawan Perabot kerjasama antara Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan dengan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. Program ini menyediakan ruang pejabat dan mesin bagi kegunaan usahawan baru dalam bidang perabot dan kemas siapan sofa. Dalam ucapannya, Dato' Azhar Abdul Manaf menyatakan " Dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini, seramai 5 usahawan baru merekodkan hasil jualan tahunan berjumlah 500 ribu ringgit dan telah mencapai tahap kesiapsiagaan mereka di mana mereka telah membuka bengkel sendiri melalui bantuan MARA di negeri Kelantan, Kedah dan Selangor".
Dalam majlis itu juga sesi pertukaran Memorandum Perjanjian antara Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC) bersama FITEC turut diadakan. Memorandum itu bertujuan untuk pembangunan usahawan Sarawak dalam bidang pengujian perabot dan latihan teknikal perabot.
Dato' Azhar juga berkata " Inisiatif MARA dan FITEC ini sebagai sokongan dan galakan kepada usahawan Bumiputera mengembangkan rangkaian hubungan perniagaan dan pelanggan di pasaran terbuka dengan mengenalkan reka bentuk terkini dan jenama produk masing-masing.