TVETMARA SELANGKAH KEHADAPAN DALAM PEMBUATAN KENDERAAN ELEKTRIK

PUCHONG, 28 Oktober - Seramai 2 orang tenaga pengajar bersama 5 orang pelajar jurusan Diploma Teknologi Automotif, IKM Jasin telah mengikuti latihan dalam mengasilkan bas yang berkonsepkan Electric Vehicle (EV) bertempat di SKS Coach Builders. Mereka berpeluang mendapatkan latihan secara hands on selama 3 - 6 bulan bermula daripada pemasangan sehingga pandu uji bas elektrik. 

Bagi tenaga pengajar yang mengikuti Latihan Sangkutan Industri (LSI) menyatakan berasa amat bertuah kerana mendapat pendedahan dan pengalaman sebenar bekerja di industri pembuatan bas elektrik. Pengalaman selama 3 bulan ini akan banyak membantu dalam melaksanakan silibus terbaharu yang selari dengan Revolusi Industri 4.0

#tvetmara #buildingtalent #SKSbus #ev #LSI #LI #automotif  #JomMasukKKTMMJIIIKM #IKM #KKTM #MJII #BuildingTalentGeneratingFuture #TVETKPLB